Atasi 'DNS. SERVER ISN'T RESPONDING'


 Ah sudah! Kenapa pulak ni???


Check internet, restart balik laptop tapi tetap tak boleh. Dah macam kena kunci siap bermangga pulak dia ya. hmm takpe takpe, dont panic... MrGoogle kan ado... So bermulalah operasi mencari para penyelamat di alamaya. 




Dari blog Malaysia terjah ke blog Indo dan last sekali sampai ke blog mat saleh, akhirnya ini jalan pintas yang sis rasa cukup senang nak buat, yang lain-lain tu mak dato payah bebenor nak ikut dah la kita ni kurang arif bab bab setting nih (kalau suruh edit blog boleh la... kwang3x)

Ok awak semua, pastikan sedang berada di dalam talian (online) dan let's go....

Mula-mula, Klik pada kotak search yang terdapat di bahagian bawah sebelah kiri menu utama komputer kita. 

 Taip ncpa.cpl di dalam kotak search dan akan keluar tajuk 'Control Panel Item', pilih 'tajuk Control Panel Item' tersebut. 

Maka akan keluarlah menu seperti di bawah ni....

Sekarang arahkan cursor ke arah Wi-Fi dan klik kanan
Akan terus muncul satu popup menu dan klik pada bahagian 'Properties' (rujuk gambar di bawah)


Baiklah, sekarang scroll ke bawah sehingga jumpa tajuk  Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4). Jangan silap pula.... cari slow-slow, jangan gopoh gopoh... 

Bila dah jumpa klik pada bahagian 'Properties'.

Boleh rujuk cara-caranya pada gambar yang sis dah sediakan kat bawah ni ya. 


Okay bila dah klik pada bahagian 'Properties' yang kat atas tadi tu, akan keluarlah satu bahagian yang meminta kita untuk memasukkan alamat DNS Server yang kita mahu gunakan.

Di sini ada DUA PILIHAN dan awak kena buat keputusan nak guna server cara A atau cara B. macam soalan hidup mati pulak kan... chill... tak serius mana pun sebenarnya... 


WAJIB BACA!!
Dan di pendekkan cerita, sis pilihan pilihan ke dua (B). Apa sebab dan musabab macam yang di terangkan kat atas tu ye... (kalau nak ulasan yang lebih panjang lebar soal ni boleh rujuk pada doktor pakar yang lebih arif DI SINI)

Sekarang part terakhir, pilih bahagian 'Use the following DNS Server Addresses' dan
* pada baris pertama isikan nombor 208.67.222.222
* pada baris ke dua isikan nombor 208.67.220.220

Ini gambar rujukannya ya....



Klik OK dan SIAP!!

p/s:Semasa mencari tutorial ni, ada pelbagai versi dan nombor server yang muncul. Sis dah cuba beberapa kaedah lain tapi ini yang paling senang dan berkesan pada laptop window7 sis ni jadi sekiranya cara di atas ini tidak berkesan pada awak, maybe awak kena cari kaedah lain.. harap maklum!

 

Previous
Next Post »