10 Checklist Sebelum Mohon AdSense

AdSense yang dikendalikan oleh pihak Google amat terkenal dalam kalangan para blogger di seluruh dunia. AdSense cukup terkenal kerana ia dapat memberikan pulangan yang amat tinggi dan lumayan pada para penulis blog.

Tapi masalahnya sekarang bukan mudah untuk berkerjasama dengan pihak AdSense ini kerana mereka amat menitikberatkan soal kualiti bagi sesebuah blog tersebut. Terlalu ramai yang memohon AdSense namun yang diterima hanyalah segelintir saja. Kenapa perkara ini berlaku?


KESALAHAN BIASA YANG SELALU DI LAKUKAN

1- Kandungan Tidak Boleh Di Terima
Pihak Google akan membuat saringan dan perkara pertama yang akan di ambil kira ialah pada kandungan blog. Jika blog itu di tulis ala kadar dan mempunyai kesilapan dalam tatabahasa maka pihak Google tidak akan teragak-agak untuk menolak permohonan tersebut dengan serta merta. Pihak Google bukan saja menitikberatkan soal tatabahasa malah isi kandungan blog juga haruslah unik dan mempunyai nilai sehingga boleh memberi manfaat pada orang lain.

2- Design Blog
Cuba bayangkan, semasa sedang blogwalking awak telah mendarat pada sebuah blog yang latarbelakangnya berwarna kuning terang dan tulisannya pula berwarna putih. Bukan tu je tapi button pula penuh merata-rata melekat di blog tu. Apa yang akan awak rasa? Nak terus berada di blog tu untuk baca beberapa artikel atau terus pergi ke blog lain tanpa rasa bersalah? Kalau sis memang sis terus cabut je dan silap haribulan sis mungkin tidak akan singgah lagi di blog tu. Untuk apa sis singgah kalau nak baca pun cukup seksa.

Kerana itu hal ini turut di titikberatkan oleh pihak Google AdSense. Mereka hanya akan menerima blog yang mesra pengunjung, kemas dan selesa untuk di baca.

3- Tiada Halaman Disclaimer dan Contact/About Us
Mungkin ini nampak remeh tapi ini adalah salah satu perkara yang di titikberatkan oleh pihak Google AdSense. Apabila ada halaman disclaimer dan contact/about us maka pihak Google AdSense menganggap yang awak adalah seorang yang profesional dan amat serius dengan dunia blog.

Ohya, Disclaimer di kenali juga sebagai Privacy Police. Memang tidak di nafikan ada yang sengaja tidak melekat halaman ini di blog kerana tidak tahu bagaimana mahu mengarang ayat yang sesuai tapi awak tak perlu susah hati lagi kerana kini telah ada satu website khas untuk membantu menyiapkan disclaimer ini bagi pihak kita secara percuma.


4- Laman Tidak Mematuhi Polisi Google AdSense
Kandungan blog merapu merepek, tiada pengunjung organik, kandungan blog bukan karya original (copy paste), laman lambat dan susah untuk di akses, menggunakan kata kunci (keywords) yang berlebihan.

[ Klik SINI untuk tahu lebih lanjut tentang Keywords ]

Jadi sebelum memohon Google AdSense kita perlu bersiap sedia terlebih dulu supaya blog kita mempunyai peluang yang lebih tinggi dan cerah untuk di terima oleh pihak mereka. 


APAKAH PERKARA UTAMA YANG PERLU DI LAKUKAN SEBELUM MOHON ADSENSE?

1- Menulis Kandungan Yang Berkualiti Tinggi
Google amat mementingkan kandungan isi kandungan blog yang berkualiti tinggi.

  • Tiada kesalahan tatabahasa
  • Unik dan asli (bukan copy paste)
  • Panjang dan padat 
  • Kemas dan mudah untuk di baca
  • Berguna dan bermanfaat 
  • Boleh beri inspirasi kepada pembaca yang lain. 

Perlu di ingat yang blog kita akan di nilai oleh manusia dan bukannya robot. Jadi semestinya kita perlu buat yang sehabis baik untuk menarik perhatian wakil pada pihak Google AdSense ini. Buatlah blog dengan isi kandungan yang ada nilai hinggakan pembaca berasa seronok dan berulang kali singgah ke blog kita bagi mendapatkan info yang berkaitan.

2- Buat Halaman About Me
Halaman ini juga penting dan turut di ambil kira oleh pihak Google AdSense. Dengan adanya halaman ini ia dapat membuktikan bahawa ada 'seseorang' yang bertanggungjawab dan menguruskan semua perkara tentang blog tersebut. Halaman ini dapat memberi gambaran siapakah diri tuan empunya blog dan ia bukan saja dapat merapatkan hubungan antara penulis dan pembaca malah ia juga dapat menimbulkan rasa kepercayaan yang lebih terhadap blog tersebut.

3- Buat Halaman Contact
Sebagai seorang penulis blog kita kena sentiasa sedia maklum yang blog kita ini bukannya boleh di terima oleh semua orang. Mungkin ada di kalangan pembaca yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan apa yang kita fikirkan. Maka dengan adanya halaman Contact ni pihak pembaca dapat menghubungi kita dengan mudah untuk menyuarakan pendapat mereka samada baik atau sebaliknya.

Halaman ini juga boleh memberitahu secara terang pada pihak AdSense bahawa kita amat mengambil berat akan pendapat dari para pembaca dan sedia untuk memberi bantuan pada para pelawat atas perkara yang berkaitan. Kita juga bebas untuk di hubungi oleh sesiapa saja yang menginginkan perkhidmatan dari blog kita.


4- Buat Privacy Page Pada Blog (Disclaimer / Privacy Police)
Salah satu kesilapan umum yang sering dilakukan terutama pada blogger yang baru ialah dengan tidak menyediakan satu halaman bertajuk Disclaimer / Privacy Police. Ada juga yang mengatakan tajuk ini tidak penting dan hanya akan menyemakkan blog. Tapi hakikat sebenarnya bukan itu yang di fikir oleh pihak Google AdSense. Blog boleh di tolak mentah-mentah hanya kerana tidak ada halaman privacy ini.

Kenapa ia penting?
Ia penting kerana boleh memberi pandangan jelas bahawa blog kita bukannya satu sumber penipuan. Apabila kita berani meletak halaman sebegini di blog bermakna blog kita itu adalah asli dan di buat oleh kita sendiri maka pihak Google AdSense akan turut memandang blog kita sebagai satu urusniaga yang serius. Pihak Google AdSense akan terus membuat semakan secara terperinci dan akan membuat keputusan selepas selesai membuat penilaian.

Fungsi Disclaimer/Privacy Police ini sebenarnya adalah untuk menerangkan kepada pembaca tentang apa yang terdapat di dalam blog kita dan apakah perkara yang perlu dan tidak patut di lakukan oleh si pembaca. Kita boleh menulis bahagian Discaimer/Privacy Police ini menggunakan ayat sendiri atau boleh juga jika membuatnya melalui website yang telah tersedia secara percuma DI SINI

Ini contoh menu about, contact dan disclaimer yang ada di blog saya


5- Mengesahkan Nama dan Email
Pastikan untuk meletak nama dan email pada bahagian tertentu yang mudah untuk di lihat sebagai contoh di bahagian Contact dan sidebar. Ini penting kerana ia dapat mengesahkan pada pihak AdSense bahawa orang yang memohon dengan pihak AdSense dan orang yang menulis dan menguruskan blog tersebut adalah sama dan bukannya robot atau spam.

Ini juga membantu untuk mempercepatkan proses pengesahan dan supaya permohonan AdSense dapat di luluskan dengan lebih cepat.

6- Jumlah Post Yang Berkualiti
Bukan hanya blogger lama saja yang boleh memohon AdSense, blogger baru juga turut mempunyai peluang cuma masa yang terbaik untuk memohon AdSense ialah apabila kita telah mempunyai sekurang-kurangnya 20 post yang berkualiti. Panjang bagi setiap post pula hendaklah sekurang-kurangnya 600+ patah perkataan. Jika tidak yakin samada post yang di tulis berkualiti atau tidak, pastikan memohon AdSense apabila sudah berjaya terbitkan sebanyak 50 artikel dan ke atas. Untuk tahu artikel kita berkualiti atau tidak adalah dengan melihat pada jumlah tontonan (views), jika views nya tinggi ini bermakna artikel terbabit di baca oleh ramai orang dan jumlah komen tidak boleh di jadikan ukuran samada artikel terbabit amat berkualiti.

Jumlah views tinggi walau komen hanya sedikit

7- Berumur 18 Tahun Dan Ke Atas
Pastikan kita sudah berusia lebih dari 18 tahun. Jika kurang memang tak di terima kerana ia boleh menyebabkan masalah yang tidak sepatutnya kerana masih berada di bawah pengawasan pihak penjaga. Jadi sila ambil peduli semasa memberitahu jumlah umur pada pihak AdSense.

8- Tingkatkan Design Blog
Seperti yang sis dah terangkan masa awal-awal tadi, design blog juga salah satu aspek penting yang perlu di perbetulkan sebelum memohon AdSense. Pastikan blog kita itu mudah dan mesra pada para pembaca. Jangan letak terlalu banyak button dan widget sehingga blog menjadi terlalu sarat. Jika blog terlalu sarat maka ia akan ambil masa yang terlalu lama untuk loading dan ini akan menyusahkan para pengunjung.

Satu reka bentuk yang bersih, kemas, profesional dan cepat loading amat di hargai oleh pihak Google.
Kita sendiri pun apabila kita singgah di sesuatu blog, apakah perkara pertama yang akan menangkap pandangan kita? Semestinya design blog itu sendiri. 

Jika tidak tahu bagaimana untuk kemaskini blog boleh dapatkan khidmat edit blog dari mana-mana designer yang awak suka malah sis sendiri ada sediakan perkhidmatan ni dengan harga serendah RM15 sahaja. Sempat pula promote servis sendiri kan.. kiki...

9- Semak Jenis Kandungan
Berhati-hati dengan segala isi kandungan yang kita terbitkan di blog. Berikut adalah antara kandungan yang sama sekali tidak akan di terima oleh pihak AdSense
  • Bahan pornografi (bahan lucah dan servis seks)
  • Kandungan cetak rompak (ada copyright)
  • Hacking atau cracking tutorial (jenayah siber)
  • Iklan barangan larangan (dadah dan lain-lain)
  • dan lain-lain yang tidak sepatutnya

10- Semak Sumber Trafik
Pihak Google tidak suka pada blog yang mendapat trafik dari sumber yang 'haram'. Dalam erti kata lain dari sumber berbayar. Jadi kita kena beri tumpuan untuk mendapatkan sumber trafik hanya dari sumber yang betul dan sah seperti media sosial, enjin carian dan blogwalking.


Itulah dia 10 Checklist yang perlu kita semak semula sebelum mohon AdSense.
Apa yang sis kongsikan di sini adalah hasil dari bacaan sis daripada blogger-blogger luar negara yang telah berjaya mendapat iklan daripada pihak Google AdSense. Soal lulus atau gagal ni bukannya terletak di tangan kita dan rezeki tiap orang itu tidak sama. Sis juga tak nafikan yang ada banyak lagi perkara yang perlu kita ambil tahu sebelum mohon AdSense. Apa yang penting kita sama-sama berusaha untuk cuba meraih perhatian daripada pihak Google AdSense yang amat terkenal ni dan moga-moga segala usaha yang kita lakukan akan membuahkan hasil.

Selamat berjaya untuk semua termasuk diri sis sendiri :D


6 Comment

  1. ouhh..itu rupanya sebab adsense aku tak menjadi..huhu..

    ReplyDelete
  2. Adsense saya sampai sekarang tak approve lagi..tak tahu apa masalahnya..btw, done follow ur blog..hope u follow me back at http://penselduabee.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adsense memang susah ckit huhu... sis dah follow dah :D

      Delete
  3. bestnyer blog awa ni...ilmu friendly percuma pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Awa ikut happy kalau kak suka :D

      Delete