TEMPAHAN & SYARAT

ASSALAMUALAIKUM, salam sejahtera....

Status : TEMPAHAN DI BUKA
Designer : Sis Hawa
Tarikh Mula Menerima Tempahan : 01 Feb 2017


CARA MEMBUAT TEMPAHAN:
1. - Hubungi saya melalui facebook (SINI) @ melalui email: rosebirumuda@gmail.com
2. - Sila berikan saya detail seperti di bawah;

  • Servis Yang Awak Mahukan : pilih dari SINI  
  • 2 (Dua) Warna Tema Blog : pilih dari SINI  
  • Style Yang Awak Mahukan : Cuba gambarkan apa yang ada dalam fikiran awak secara ringkas. 
  •  Ayat Perkataan Untuk Header :

 3. - Sila buat bayaran dan design awak akan segera di siapkan mengikut giliran. (Design hanya akan di buat selepas menerima tempahan)



SYARAT YANG PERLU DI PATUHI...
- Saya akan edit blog mengikut giliran
- Giliran adalah berdasarkan tarikh dan masa saya terima bayaran.
- Saya hanya akan gunakan template denim @ simple 2 column bagi pakej C, serta responsive template 2 column bagi pakej Adan B.
- Saya tidak perlukan email dan password anda kerana saya akan design melalui blog saya sendiri dan saya akan hantarkan code html template tersebut melalui email setelah siap.
- Kalau nak saya pasangkan pun boleh, anda boleh beri saya email dan password blog nanti.
- Sebelum pemasangan pada blog, saya terlebih dahulu akan beri anda lihat design tersebut dan anda di beri peluang sebanyak DUA KALI untuk menukar mana-mana bahagian yang anda tidak suka.

PENTING!!! WAJIB BACA!!!
* Saya hanya memberi service seperti apa yang tertera saja.
* Anda perlu menunggu giliran dengan sabar.
* Saya tidak akan teragak-agak memulangkan duit tempahan jika anda mendesak.
* Tempahan InshaaAllah akan siap dalam masa 2-3 hari sebaik saja tiba giliran anda, tetapi ia mungkin juga akan mengambil masa yang lebih daripada itu.
* Saya mungkin akan mengambil masa yang lebih sekiranya ada apa-apa hal kecemasan di dalam keluarga saya antaranya isu kesihatan, kematian dan lain-lain.
* Saya merupakan surirumah sepenuh masa jadi saya juga ada tanggungjawab lain yang lebih penting maka saya tidak akan dapat menghabiskan masa 24jam sehari untuk edit blog maka saya harap anda boleh faham situasi saya ini.
* Saya lebih suka berkerjasama dengan blogger yang sporting dan boleh memahami, jika anda seorang yang terlalu perfectionist dan cerewet, rasanya saya bukanlah designer yang sesuai untuk anda.

Terima Kasih :)